Kenali Palma: Johannesteijsmannia (Bhg. 2)
Feb 10, 2010
, Dikarang oleh N.A. Rahman pada 2/10/2010 09:00:00 PM
TABURAN
- Johannesteijsmannia altifrons boleh dianggap sebagai biasa ditemui dan tersebar luas; daripada Thailand sehingga Sumatera dan Borneo. Pada tahun 1970-an, spesies ini direkodkan biasa ditemui di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah dan Perak.
- Walau bagaimanapun, semenjak 35 tahun yang lepas, banyak populasi palma tersebut yang hilang akibat kehilangan habitat yang berpunca daripada pemugaran hutan.
- Kini, kesemua empat spesies palma tersebut adalah sangat terancam kerana satu spesies palma yang lain iaitu kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang berasal daripada Afrika.
- Johannesteijsmannia perakensis yang merupakan satu-satunya spesies yang mempunyai batang adalah endemik di Perak dan Kedah.
- Johannesteijsmannia magnifica terdapat di sebahagian kawasan di Selangor dan Negeri Sembilan.
- Johannesteijsmannia lanceolata merupakan spesies yang paling jarang ditemui diantara empat spesies dan hanya ditemui di dua kawasan yang terpisah dengan masing-masing di Selangor dan Pahang.
CIRI-CIRI
- Daun bagi palma ini adalah besar dan teguh dengan keluasan tiga kali satu meter serta bentuknya seperti berlian.
- Sisi tepi bahagian atas bagi daun adalah bergerigi, tangkainya mempunyai garisan kuning lemon di bahagian bawah dan bahagian tepinya tersusun duri yang tajam.
- Daun bagi J. altifrons adalah hijau di bahagian atas dan bawah.Daun Johannesteijsmannia altifrons
Sumber: www.tfbc.frim.gov.myPenulis sedang menggunakan binokular sambil baring di atas daun J. altifrons di hutan Taman Negeri Endau Rompin, Pahang - Daun J. magnifica juga berwarna hijau di bahagian atas tetapi di bahagian bawahnya berwarna kelabu keputihan. Apabila dilihat daripada jauh, daunnya akan kelihatan berwarna perak (silvery) di bawah sinaran matahari.Daun Johannesteijsmannia magnifica
Sumber: http://www.rimbundahan.org/ - J. perakensis mempunyai daun yang menyerupai daun J. altifrons dengan batang yang gempal (stout).Daun Johannesteijsmannia perakensis
Sumber: www.tfbc.frim.gov.my - Daun J. lanceolata adalah lebih sempit (narrow) dan berbentuk seperti mata tombak (lance-shape).Daun bagi Johannesteijsmannia lanceolata
Sumber: www.tfbc.frim.gov.my - Pembungaan dan buah bagi setiap spesies mempunyai ciri-ciri yang agak tersendiri. Berdasarkan Dransfield (1972), bau pembungaan bagi J. altifrons seperti 'susu masam', manakala bagi J. perakensis mempunyai bau 'manis'.Pembungaan bagi Johannesteijsmannia altifrons
Sumber: www.tfbc.frim.gov.myPembungaan bagi Johannesteijsmannia perakensis
Sumber: www.tfbc.frim.gov.my - Buah yang masak bagi J. altifrons adalah berwarna perang, seperti gabus dan dipenuhi banyak bonjolan. Buah bagi J. perakensis juga dipenuhi benjolan tetapi saiz benjolannya lebih besar.Pembuahan bagi Johannesteijsmannia altifrons yang ditemui oleh penulis di hutan Taman Negeri Endau Rompin, PahangBuah bagi Johannesteijsmannia perakensis
Sumber: www.tfbc.frim.gov.my - Buah bagi J. magnifica berbentuk seperti buah laici, manakala buah bagi J. lanceolata berbentuk seperti buah mata kucing.Buah bagi Johannesteijsmannia magnifica
Sumber: www.tfbc.frim.gov.myBuah bagi Johannesteijsmannia lanceolata
Sumber: www.tfbc.frim.gov.my
EKOLOGI
- Johannesteijsmannia berkembang baik di dalam naungan hutan lapisan bawah. Palma ini biasanya ditemui di cerun hutan dipterokarpa tanah rendah dan kadangkala di kawasan berpaya.
- Susunan daun bagi palma ini mempunyai bentuk yang membolehkan daun-daun pokok lain yang gugur dikumpul bagi menyediakan nutrien tambahan baginya. Semut, kumbang dan serangga lain menjadikan bahagian ini sebagai rumah mereka.
- Apabila terdedah kepada cahaya matahari secara terus, palma akan bertukar kekuningan dan mati. Palma ini mempunyai julat altitud daripada aras laut sehingga 1000 m.
- Daunnya yang lebar adalah kuat, tahan lama dan kalis air. Ciri-ciri tersebut menjadikannya sesuai digunakan sebagai atap.
PEMULIHARAAN
- Pada kadar penyahhutanan masa kini, hanya waktu yang menentukan kepupusan palma ini. Populasi palma ini yang wujud masih tidak cukup untuknya bertahan dan tumbuh semula di habitat asalnya.
- Diharapkan pihak kerajaan dapat mengambil langkah proaktif bagi memuliharanya secara in situ dan ex situ.
- Dicadangkan juga bagi keempat-empat spesies; terutamanya spesies yang mempunyai populasi yang kecil dapat dibiakkan dalam jumlah yang besar bagi membolehkannya dijual kepada pihak yang berminat menjadikannya tanaman hiasan dan ini dapat menghalang pengambilan tanpa kebenaran bagi palma ini dihabitat asalnya.
Nota: Artikel ini diterjemah dan diolah semula oleh penulis blog ini daripada artikel 'The Magnificent Four: Johannesteijsmannia Palms' oleh Wong Mun Pun dan Peter V. Kuppers di dalam majalah Malaysian Naturalist Jilid 59/2 tahun 2005 terbitan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).
Rujukan daripada artikel asal:
Dransfield, J. 1972. The genus Johannesteijsmannia H.E. Moore Jr. The Gardens Bulletin Singapore 26: 63-83.
Lim, C.K. 2000. The magnificent Johannesteijsmannia palms of Malaysia. Folia Malaysiana 2: 13-26.
Moore, H.E. Jr. 1961. Johannesteijsmannia: A new name of the palm genus Teysmannia. Principes. 5: 116.
Rujukan daripada artikel asal:
Dransfield, J. 1972. The genus Johannesteijsmannia H.E. Moore Jr. The Gardens Bulletin Singapore 26: 63-83.
Lim, C.K. 2000. The magnificent Johannesteijsmannia palms of Malaysia. Folia Malaysiana 2: 13-26.
Moore, H.E. Jr. 1961. Johannesteijsmannia: A new name of the palm genus Teysmannia. Principes. 5: 116.













Sesiapa di UKM yang hendak lihat salah satu spesies palma ini iaitu Johannesteijsmannia altifrons, anda boleh menemuinya di lereng bukit berhampiran 'air terjun' yang berdekatan bulatan di depan Fakulti Pengajian Islam. Anda perlu naik tangga di lereng bukit tersebut yang menuju ke kolej Burhanuddin Helmi.