Fakta Nombor: Flora Malaysia
Jan 31, 2010
, Dikarang oleh N.A. Rahman pada 1/31/2010 12:23:00 PM
- Berapakah bilangan spesies tumbuhan yang terdapat di Malaysia? Ramai yang mengetahui bahawa negara kita kaya dengan tumbuh-tumbuhan terutamanya di dalam hutan.
- Namun, anggaran bilangan spesies tumbuhan perlu diketahui oleh saintis dan kerajaan di dalam usaha untuk mengeksploitasinya ke arah kebaikan dan memulihara khazanah kepelbagaian biologi negara yang kaya untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dan dunia sejagat. Kita bukan sahaja perlu memulihara tumbuhan yang ada di Malaysia tetapi perlu tahu 'apa' dan 'berapa' yang kita pulihara.
- Kajian flora diperlukan untuk mengetahui kepelbagaian spesies tumbuhan di Malaysia. Kajian flora merupakan suatu inventori spesies tumbuhan yang ada pada suatu habitat atau kawasan geografi tertentu (Latiff 1997).
- Kepelbagaian spesies tumbuhan vaskular di Malaysia telah dianggarkan oleh Bidin dan Latiff (1995) serta Parris dan Latiff (1997) iaitu antara 12,000 hingga 15,000 spesies flora di Malaysia adalah tumbuhan berbunga dan tidak kurang 1,136 spesies pula adalah paku-pakis dan sekutunya.
- Bilangan tersebut telah meletakkan negara kita sebagai negara yang ke-12 terkaya daripada segi bilangan spesies di dunia selepas Brazil, Colombia, China, Mexico, Russia, Indonesia, Venezuela, Amerika Syarikat, Australia, India dan Peru serta ke-4 terkaya di Asia selepas China, Indonesia dan India (Latiff 1997). Latiff (1997) juga menyatakan bahawa jumlah tumbuhan tersebut adalah mewakili 40% daripada jumlah flora bagi rantau Malesia dan 5% daripada sejumlah 250,000 spesies flora dunia.
- Maklumat mengenai spesies pokok dan tumbuhan yang terkini bagi Semenanjung Malaysia telah dilaporkan oleh Keng (1986) yang menganggarkan 2.9% daripada tumbuhan berbiji yang terdapat di Semenanjung Malaysia mewakili keseluruhan spesies flora yang terdapat di dunia.
- Ng et al. (1990) yang telah menyemak maklumat flora seperti terkandung di dalam buku Tree Flora of Malaya (Jilid 1-4) merumuskan terdapat sebanyak 2,830 spesies, 532 genus dan 100 famili di Semenanjung Malaysia. Daripada 2,830 spesies tersebut, 746 spesies (26.4%) adalah endemik kepada Semenanjung Malaysia.
- Turner (1995) mendapati bilangan spesies bagi tumbuhan berbiji termasuk paku-pakis dan sekutuannya adalah merangkumi 8,290 spesies daripada 1,674 genus di dalam 214 famili iaitu lebih tinggi berbanding dengan anggaran terawal yang disediakan oleh Ridley (1922-1925) di mana terdapat 7,172 spesies, 1,492 genus dan 166 famili.
Latiff, A. atau Prof.
Emeritus Dato' Dr. Abdul Latiff Mohamad. Pakar botani di Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Sumber: www.flickr.com
- Prof KMS
Bidin, A. atau Prof. Dr. Abdul Aziz Bidin. Bekas profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pengasas Taman Paku Pakis UKM.
Sumber: pkukmweb.ukm.my
Ng, F.S.P. atau Dr. Francis S.P. Ng. Penyunting buku Tree Flora of Malaya jilid 3 dan 4.
Sumber: www.flickr.com - Prof KMS
Bidin, A. & Latiff, A. 1995. The status of terrestrial biodiversity in Malaysia. Dlm. Zakri, A.H. (pnyt.). Prospects in biodiversity prospecting, hlm. 59-76. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Keng, H. 1986. Order dan famili tumbuhan berbiji di Tanah Melayu. Terj. Ahmad Mahmud. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Latiff, A. 1997. Kepelbagaian tumbuhan: status sumber alam Malaysia. Dlm. Mohd. Nordin Hassan, Latiff, A. & Zakri, A.H. (pnyt.). Kepelbagaian biologi: Implikasi kepada Malaysia, hlm. 52-83. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ng, F.S.P., Low, C.M. & Mat Asri, N.S. 1990. Endemic trees of the Malay Peninsula. FRIM Research Pamphlet No. 106. Kepong: Forest Research Institute Malaysia.
Parris, B.S. & Latiff, A. 1997. Towards a pteridophyte flora of Malaysia: a provisional checklist of taxa. Mal. Nat. J. 50: 235-280.
Ridley, H.N. 1922-1925. Flora of the Malay Peninsula. Jil. 1-5. London: J. Reeve Co.
Turner, I.M. 1995. A catalogue of the vascular plant of Malaya. The Gard. Bull. Sing. 47(1): 1-757.

Sekarang ada 0 Komen: